PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati sepasang kekasih dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada tertuduh wanita, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah memerintahkan R. Saravanan Kumar, 33, dan T. Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap.
"Hukuman gantung yang dikenakan Mahkamah Tinggi Georgetown diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 30 tahun terhadap kedua-dua tertuduh bermula dari tarikh mereka ditangkap," kata Vazeer Alam yang turut mengenakan 12 sebatan terhadap Saravanan.
Saravanan ditangkap pada 27 Sept 2014 manakala wanita itu ditahan pada 25 Sept tahun yang sama.
Terdahulu, peguam M. Visvanathan, mewakili Gayathry memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah bersetuju dengan representasi yang dikemukakan pihaknya.
Perkara itu turut disahkan Timbalan Pendakwa Raya Fuad Aziz. Pada prosiding hari ini peguam N. Selvarani, mewakili Saravanan.
Pada 24 Sept 2020, Mahkamah Tinggi Georgetown menjatuhkan hukuman gantung terhadap mereka selepas didapati bersalah membunuh S. Kaviarasan yang ketika itu berumur lima tahun.
Pasangan kekasih itu didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam pada 13 Okt 2014 atas tuduhan membunuh Kaviarasan di Taman Keladi, Kulim, Kedah antara jam 8 pagi pada 20 Sept dan 4 petang, 27 Sept 2014.
Mayat kanak-kanak itu yang dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah, Butterworth ditemukan oleh pihak polis pada 29 Sept 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Panel tiga hakim memerintahkan R. Saravanan Kumar, 33, dan T. Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap. -Gambar hiasan
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.
Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.
Bunuh anak: Mahkamah rayuan ganti hukuman mati pasangan kekasih dengan penjara 30 tahun
Panel tiga hakim memerintahkan R. Saravanan Kumar, 33, dan T. Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap.
Bunuh anak: Ibu dan teman lelaki didakwa
Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.
Dera: Bekas tentera bunuh anak dihukum gantung
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tentera selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya, kira-kira lima tahun lalu.
Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.
Wanita didakwa abai anak, kekasih dituduh membunuh
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.
Petani didakwa bunuh anak sendiri
Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri berusia tiga bulan di kediamannya, dua minggu lalu.
Sebutan semula kes bunuh isteri, bayi ditangguh 19 September
Mahkamah menetapkan 19 September depan untuk sebutan semula kes dihadapi seorang suami yang didakwa membunuh isteri dan bayi lelakinya, bulan lalu.